Tuesday 6 December 2011

8# BORANG PENDAFTARAN PENYERTAAN HARI PERDANA                KELUARGA TOK SUAK

i)    Muat turun borang    


ii)   Lengkapkan dan email kan kembali kepada toksuak@gmail.com    
     atau serahkan  kepada apandi mamat.  (anak mek timoh)


iii)  Serahan borang @ email hendaklah diserahakn selewat- 
      lewatnya pada  20 DISEMBER 2011


* Kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan..terima kasih.
   Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada chik@yoh 
    019-9326815
                                         
    

Saturday 19 November 2011

Newz!! TARIKH HARI PERDANA TOK SUAK

Assalamualaikum.
Untuk makluman warga tok suak HARI PERDANA TOK SUAK Akan diadakan pd 25/12/11(AHAD)

Mohon agar dapat menghadirkan diri pd program ini..

Sila sebarkan pd y laen...

Ahli jawatankuasa diminta bersedia...

HULURKAN SUMBANGAN KEPADA BeNDAHARI(pok yeop pok ngoh kar)


*bendahari,sila send number akaun bank kpd admin untuk disebarkan @ terus post di facebook tok suak.

Sunday 9 October 2011

7# MISI MENGESAN SALASILAH DI PEKAN

Assalamualaikum semua

Kami (Chik Yoh & anak-anak) ke Pekan, Pahang bagi mencari saudara mara di sana. Kami melawat anak-anak Tok Hj. Husin. Tok Hj Husin ialah satu-satunya adik beradik Tok Suak. Alhamdulillah...Mak Besar, Makcik Munah, Chu Esah mengumpulkan anak-anak dan cucu-cucu mereka sekali. Kami juga melawat Ayah Lim (Ustaz Hj Salim bin Hj Juned). Beliau ialah dua pupu Tok Suak & Tok Hj Husin. Ayah Lim generasi mufti pertama Pahang; Hj Utsman Senik.

Perbualan khusus mengenai salasilah. Banyak juga dapat maklumat. Tapi lompang di sana sini. 

Kami sempat menziarah kubur Hj. Utsman Senik, Tok Hj Husin dan kubur ayah Tok Suak & Tok Hj Husin (Mohamad bin Osman) di perkuburan Ketapang Hilir.

Al-Fatihah...

Monday 3 October 2011

6# SALASILAH KELUARGA TOK SUAK



Agak-agaknya kan, berapa ramai cucu cicit Tok Suak ya? Anak buah Su Ti (Tok Ju) + anak buah Pak Da Kasim saja dah 100 lebih. Wow!

5# KEPUTUSAN MESYUARAT 30 SEPTEMBER 2011; TARIKH BARU & TAMBAHAN AJK

Majlis:  HARI PERDANA KELUARGA TOK SUAK
Tarikh   Hari ke-2 Raya Haji; 11 Zulhijjah 1432H (7 November 2011)
                3 Disember 2011 (cuti sekolah)
Hari      : Sabtu
Masa    : 8.30 pagi - 3.00 petang
Tempat : Belakang rumah Kak Wan Mek Timah, Lorong Purnama,Kg. Gaung

  
TENTATIF

TENTATIF
8.30 pagi      
Minum pagi
Sesi taaruf (berkenalan)
Menyediakan makanan tengah hari
Sukaneka terbuka
Penyampaian hadiah dan cenderamata
Sesi fotografi
12.00 tengah hari    
Makan tengah hari
1.00 tengah hari
Solat berjemaah (Balai Saf Lorong Purnama)
Solat hajat, yasin dan tahlil
Mesyuarat penubuhan Kelab Keluarga Tok Suak dan pelantikan AJK
3.00 petang            
Bersurai



JAWATANKUASA PELAKSANA
Penaung


Pengarah            
Pakcu Jid (019-9818018)


Hasnah @ Zauyah (Yoh) binti Abdullah ~ Chik (019-9326815)

Setiausaha
Nurul Faizah binti Jusoh ~ Angah (013-3252454)

Naib Setiausaha
Nur Syahidah binti Jusoh ~ Ateh (014-5002164)

Bendahari
Pakcu Jik kontraktor (019-9818018) 
Pak Yok (M. Daud Abu Bakar)

Naib Bendahari
Muhammad bin Jaafar ~ Pak Sid  Shahibullah Mok Yam
Juruacara




Pendaftaran & Jemputan
Shamsul Salleh ~ Mat Se
Ramlah Abdullah ~Ngah Lah (013-9451016) 


Mazirah Kak Wan Timah
Ahmad Nizam (menantu Kak Wan Timah)
Ketua Jamuan 
      - Minum pagi


      - Tengah hari


Karimah Su Ti (09-7486197)



Kak Wan Mek Timah
Na Kak Wan Mek Timah (014-2116634)
Ketua Persiapan Tempat
Apandi Mamat ~Pendi (019-9907416)
Ketua Teknikal (PA System)
Saufi Sabri Pak Da Kassim (013-9369538)
Hasbullah Abu Bakar
Ketua Sukaneka
Shafee Pak Ngah Kar (013-9801508)
Syukri Pak Da Kassim
Ketua Hadiah & Cenderamata:  
Mazidah Mamat ~Udo (017-9022715)
Jumna Yusof
Imam & Bilal
Kassim Pak Ngah Kar  (013-9408415)
Abdul Jalil Jusoh ~ Acik (013-2842879)
Amir Atif Salleh ~Amir (019-9555965)

- Cuba melakarkan salasilah keturunan Tok Suak.
- Perubahan tarikh (Sabtu, 3 Disember 2011)
- Perubahan anggaran penyertaan (300 orang)
- Tambahan bajet & sumber kewangan (sumbangan saudara mara perpendapatan tinggi sangat diharapkan. Sekiranya kurang sumbangan, bayaran minima per kepala akan dihebahkan)
- Update melalui surat & telefon
- Pos gambar keluarga masing-masing (ke fb Tok Suak @ ke email toksuak@gmail.com)
- Sarapan; laksam & ubi rebus, tea o & kopi o
- Tengah hari; Daging singgang, ayam goreng, ikan cicah budu, patin masak tempoyak, ulam, sambal dan buah  
- Sewa; PA System, OHP & skrin, 4 khemah, 6 meja, 100 kerusi
- Cenderahati (cadangan); baju @ tuala dan sticker kenderaan
- Tag pengenalan diri mengikut keluarga
- Publisiti; Sinar Harian/Berita Harian dan Kain rentang
- Sukaneka; belon air, bola pingpong dlm sudu, koyak epal, bowling nyior, isi air dlm botol, rebut kerusi, kutip gula-gula, rantai getah, koyak & kukur nyior

4# Asal keturunan Tok Suak [UPDATED 10 0KT 2011]

Seronok betul dapat mendengar sendiri cerita perihal Tok Suak daripada cucu-cucu beliau semasa mesyuarat kali pertama baru-baru ni. Mesyuarat gaya santai ni diadakan di kediaman PakCu Jik (cucu Tok Suak daripada anak yang pertama; Limah).

Almaklumlah saya (Angah) cucu Bidah dan cicit Tok Suak tidak pernah sama sekali mendengar tentang Tok Suak sebelum ni. Ingatkan orang biasa-biasa saja. Rupa-rupanya, SubhanAllah...Jom dengar cerita saya...

Petang tersebut, kami cuba melakar salasilah keluarga Tok Suak. Ada kekurangan maklumat di sana-sini, tapi InsyaAllah seorang dua wakil daripada setiap keluarga besar akan diamanahkan untuk melengkapkan maklumat tersebut.


________________________________________________________________________


Tok Suak atau nama sebenarnya Ismail bin Mohamad. Ibunya dikenali sebagai Lebar. Beliau hanya mempunyai seorang adik iaitu Tok Hj Husin. Beliau membesar dan melalui alam remajanya di Pekan, Pahang (dikatakan berkawan rapat dengan Tun Razak dan kerabat di raja Pahang).

Datuk Tok Suak iaitu Hj. Osman Kelantan berhijrah dari Kota Bharu ke Pekan, Pahang. Salasilah keturunan ini dikatakan berasal dari keturunan Daeng Darw(i)s, Bugis ---> Hj brahim ---> Hj. Salim ---> Hj. Senik ---> Hj. Usman ---> Mohamad ---> Tok Suak.

Dikatakan keluarga ini berulang-alik dari Pekan ke Kota Bharu setiap 3 bulan mengikut perahu bedar (perahu dagang besar).
Tok Suak berkahwin dengan Fatimah Omar (Wer) dan menetap di Batu 4 1/2, Kg. Kota, Jln. Salor, Kota Bharu. Bersempena dengan nama beliau, lorong itu kini dinamakan Lorong Tok Suak.

Generasi tinggalan Tok Suak:
1- Mak Abang (Limah)
2- Pak Nik Mat (Ahmad)
3- Pak Ngah Kar (Abu Bakar) *kembar
4- Abdullah *kembar
5- Mokcik Bidoh
6- Pak De Kassim
7- Mok Nab (Zainab)
8- Mok Kak Chik (Zaharah)
9- Su Ti (Siti).
Yang masih hidup cuma Su Ti.



Belum dapat dipastikan sama ada Tok Suak berhijrah ke Kota Bharu sebelum atau selepas memperisteri Wer.

Tok Suak dikatakan mempunyai perkaitan dengan keturunan Tok Kadi, Pahang. Malah dikatakan bahawa anak beranak Tok Suak yang lain juga mempunyai kedudukan dalam bidang agama di Pahang.

Jika disebut tentang Tok Kadi Pahang, pasti nama Tuan Guru Haji Utsman bin Haji Senik bin Haji Ibrahim bin Haji Salim akan dikaitkan. Lebih menarik, Haji Senik mahupun ayahnya Haji Ibrahim meninggal dunia di Kampung Gaung Pendek, Kelantan. Haji Utsman meninggal dunia di Kampung Ketapang, Pahang pada 12 Ramadan 1336 Hijrah/21 Jun 1918 Masihi. Besar kemungkinan Tok Suak ada pertalian darah dengan Haji Utsman. Apabila saya sebutkan nama anak-anak  Tuan Guru Haji Utsman iaitu Haji Juned, Haji Jamaluddin dan Haji Kamaluddin di hadapan ibu saya, ibu saya pernah mendengar bahawa mak saudaranya iaitu Zainab pernah menyebut nama Tok Guru Haji Junid Pekan. Kita tunggu Pakcik Yok mengadap Cikgu Yusof anak Tok Wali Putih untuk mendapat pengesahan. 
[UPDATED 10 0KT 2011: Tuan Guru Haji Utsman bin Haji Senik bin Haji Ibrahim bin Haji Salim IALAH TOK SEPUPU KEPADA TOK SUAK - Rujukan: Ustaz Hj Salim bin Hj Juned, Pekan dan Tok Penghulu Salehuddin bin Kassim]

Beliau dikhabarkan berkawan baik dengan Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddinAl Muadzam Shah Al Marhum Sultan Abdullah [20/5/1904 - 4/5/1974].


Tok Suak meninggal dunia pada tahun 1958 (?) dan disemadikan di Perkuburan Tok Panjang, Kg. Kota.


Al-Fatihah

Monday 26 September 2011

3# Tok Suak di Facebook!

Assalamualaikum semua


Selamat datang kepada ahli keluarga Tok Suak yang sampai ke blog ini melalui Facebook Tok Suak.


Kepada yang belum link ke Facebook Tok Suak, bolehlah klik LIKE di kotak facebook (fb) di sebelah kanan blog ya.


♥ Mohon sebar-sebarkan kepada ahli keluarga kita yang lain juga.


Sekarang Admin sedang membina database keluarga kita. Masih banyak perlu dilakukan. Tapi insyaAllah dengan kerjasama semua, kerja ini akan jadi mudah, kan?


♥ Untuk memeriahkan lagi blog & fb kita ni, apa kata kita kongsi gambar-gambar keluarga. Lagi menarik jika ada gambar-gambar lama bersama ahli keluarga yang telah tiada. Ceritakan juga sedikit sebanyak tentang keluarga.


♥ Oh ya. Tinggalkan nama penuh, panggilan, no telefon & email ya utk dihubungi nanti.


♥ Sebarang komen & cadangan sangat dialu-alukan.


♥ Pakat-pakat doa moga usaha kita semua berjaya.