Monday, 3 October 2011

4# Asal keturunan Tok Suak [UPDATED 10 0KT 2011]

Seronok betul dapat mendengar sendiri cerita perihal Tok Suak daripada cucu-cucu beliau semasa mesyuarat kali pertama baru-baru ni. Mesyuarat gaya santai ni diadakan di kediaman PakCu Jik (cucu Tok Suak daripada anak yang pertama; Limah).

Almaklumlah saya (Angah) cucu Bidah dan cicit Tok Suak tidak pernah sama sekali mendengar tentang Tok Suak sebelum ni. Ingatkan orang biasa-biasa saja. Rupa-rupanya, SubhanAllah...Jom dengar cerita saya...

Petang tersebut, kami cuba melakar salasilah keluarga Tok Suak. Ada kekurangan maklumat di sana-sini, tapi InsyaAllah seorang dua wakil daripada setiap keluarga besar akan diamanahkan untuk melengkapkan maklumat tersebut.


________________________________________________________________________


Tok Suak atau nama sebenarnya Ismail bin Mohamad. Ibunya dikenali sebagai Lebar. Beliau hanya mempunyai seorang adik iaitu Tok Hj Husin. Beliau membesar dan melalui alam remajanya di Pekan, Pahang (dikatakan berkawan rapat dengan Tun Razak dan kerabat di raja Pahang).

Datuk Tok Suak iaitu Hj. Osman Kelantan berhijrah dari Kota Bharu ke Pekan, Pahang. Salasilah keturunan ini dikatakan berasal dari keturunan Daeng Darw(i)s, Bugis ---> Hj brahim ---> Hj. Salim ---> Hj. Senik ---> Hj. Usman ---> Mohamad ---> Tok Suak.

Dikatakan keluarga ini berulang-alik dari Pekan ke Kota Bharu setiap 3 bulan mengikut perahu bedar (perahu dagang besar).
Tok Suak berkahwin dengan Fatimah Omar (Wer) dan menetap di Batu 4 1/2, Kg. Kota, Jln. Salor, Kota Bharu. Bersempena dengan nama beliau, lorong itu kini dinamakan Lorong Tok Suak.

Generasi tinggalan Tok Suak:
1- Mak Abang (Limah)
2- Pak Nik Mat (Ahmad)
3- Pak Ngah Kar (Abu Bakar) *kembar
4- Abdullah *kembar
5- Mokcik Bidoh
6- Pak De Kassim
7- Mok Nab (Zainab)
8- Mok Kak Chik (Zaharah)
9- Su Ti (Siti).
Yang masih hidup cuma Su Ti.



Belum dapat dipastikan sama ada Tok Suak berhijrah ke Kota Bharu sebelum atau selepas memperisteri Wer.

Tok Suak dikatakan mempunyai perkaitan dengan keturunan Tok Kadi, Pahang. Malah dikatakan bahawa anak beranak Tok Suak yang lain juga mempunyai kedudukan dalam bidang agama di Pahang.

Jika disebut tentang Tok Kadi Pahang, pasti nama Tuan Guru Haji Utsman bin Haji Senik bin Haji Ibrahim bin Haji Salim akan dikaitkan. Lebih menarik, Haji Senik mahupun ayahnya Haji Ibrahim meninggal dunia di Kampung Gaung Pendek, Kelantan. Haji Utsman meninggal dunia di Kampung Ketapang, Pahang pada 12 Ramadan 1336 Hijrah/21 Jun 1918 Masihi. Besar kemungkinan Tok Suak ada pertalian darah dengan Haji Utsman. Apabila saya sebutkan nama anak-anak  Tuan Guru Haji Utsman iaitu Haji Juned, Haji Jamaluddin dan Haji Kamaluddin di hadapan ibu saya, ibu saya pernah mendengar bahawa mak saudaranya iaitu Zainab pernah menyebut nama Tok Guru Haji Junid Pekan. Kita tunggu Pakcik Yok mengadap Cikgu Yusof anak Tok Wali Putih untuk mendapat pengesahan. 
[UPDATED 10 0KT 2011: Tuan Guru Haji Utsman bin Haji Senik bin Haji Ibrahim bin Haji Salim IALAH TOK SEPUPU KEPADA TOK SUAK - Rujukan: Ustaz Hj Salim bin Hj Juned, Pekan dan Tok Penghulu Salehuddin bin Kassim]

Beliau dikhabarkan berkawan baik dengan Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddinAl Muadzam Shah Al Marhum Sultan Abdullah [20/5/1904 - 4/5/1974].


Tok Suak meninggal dunia pada tahun 1958 (?) dan disemadikan di Perkuburan Tok Panjang, Kg. Kota.


Al-Fatihah

7 comments:

  1. as`kum...
    saya juga pernah mengenali war mek cuma samar2. saya sendiri pernah ke pekan kampung asal tok suak dan juga kubur saudara mara kat sana... pengasas kepada kubur tok panjang, kampung kota jalan salor kota bharu kelantan pn berada di sana hanya kubur isteri beliau sahaja yang berada disini. yang saya belum pasti siapa tok panjang itu sebenarnay adakan ianya saya sendiri belum puas untuk mencari asal usul saya disana. saya pekan pn dgn mundar mandir dengan sumber maklumat yang terhad.

    pendi- ajk tempat.

    ReplyDelete
  2. Saya percaya jika dikatakan Tok Guru Haji Junid Pekan pernah berkawan rapat dengan Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddinAl Muadzam Shah Al Marhum Sultan Abdullah [20/5/1904 - 4/5/1974] kerana asasnya saudara mara kita dipekan masih berkawan rapat dengan Keluarga diraja Pahang. Beliau yang saya gelarkan Ayah long pekan menjadi pengawa dan sahabat kepada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahamad.

    Pendi~ ajak tempat

    ReplyDelete
  3. Saya percaya jika dikatakan Tok Guru Haji Junid Pekan pernah berkawan rapat dengan Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddinAl Muadzam Shah Al Marhum Sultan Abdullah [20/5/1904 - 4/5/1974] kerana asasnya saudara mara kita dipekan masih berkawan rapat dengan Keluarga diraja Pahang. Beliau yang saya gelarkan Ayah long pekan menjadi pengawa dan sahabat kepada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahamad.

    Pendi~ ajak tempat

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Singgah bertamu dilaman ini... rasanye mungkin ada pertalian... ambo pulak anak cucu Tok Awang Anak ( Awang B Abdullah ) yg tinggal di Kg Beringin Kota, Jln Salor... Manakala atuk sebelah ibu /mek saya pula ialah Pak Teh Mat ( Muhammad B Abu Bakar ) Lorong Kubur Tok Sindir....dekat dengan balaisah....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.... Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin..sdra fendi-ajk tempat... ambo ada ziarah kubur tok panjang... iaitu Hj Omar Al Hafiz... ambo dpt tau kisahnya drpd anak kpd arwah tok guru ambo... Ustaz hj Muhammad@ Umar B Mohd Qasim... katanye Hj Omar Al Hafiz ni ada sedara mara di Gaung... bomoh kayap... Wallahu'alam... kalu nak tgk makam dia... buleh lawat blog ambo.
    http://www.anakberingin.blogspot.com/2012/08/perihal-ziarah.html

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...nama sya ahmad azam b. Mohd naim...nenek sya mariah b. Hj junid...adik beradik lain mak dgn ustaz hj salim (tokki lim) anak kpd tuan guru hj junid b. Hj uthman b. Senik...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...nama sya ahmad azam b. Mohd naim...nenek sya mariah b. Hj junid...adik beradik lain mak dgn ustaz hj salim (tokki lim) anak kpd tuan guru hj junid b. Hj uthman b. Senik...

    ReplyDelete